Sabtu, 4 Julai 2015

Orang yang bermulut manis


Tanda orang yang mulia
apabila bercakap bermanis muka
Tanda orang berhati bersih
apabila bercakap mukanya jenih
Tanda orang berbudi bahasa
apabila bercakap tahukan rasa
Tanda orang berdada lapang
tahu menjaga perasaan orang
Tanda orang berbudi pekerti
perasaan orang dia fahami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan